|
|
Perbezaan yang utama Pendirian Agama Kristian mengakui bahawa Yesus telah disalibkan, dibunuh, dan dikuburkan di persisran bandar Jerusalem setelah hidup selama tiga puluh tiga tahun lamanya pada bumi ini. Orang Kristian percaya akan wujudnya bukti, menurut sejarah serta menurut Kitab Injil tentang kejadian penyaliban, dan menganggap bahawa kejadian ini amat penting dari aspek teologi dengan membolehkan penebusan dosa bagi semua yang percaya akan kejadian tersebut.
Kebenaran sejarah penyaliban Yesus merupakan sesuatu doktrin yang penting dalam Agama Kristian. Tanpa kejadian penyaliban kebangkitan Kristus tidak relevan lagi, dan tanpa kebangkitan Kristus Agama Kristian tidak bermakna lagi, dalam katalain I Korintus 15:14 "Jika Kristus tidak dibangkitkan daripada kematian, maka berita yang kami khabarkan dan kepercayaan kamu kepada Kristus sia-sia belaka." Adakah Al-Quran benar-benar menafikan penyaliban Kristus? Mungkinkah masalah ini cuma salah faham? Surah 4:157-158 mengatakan: "Maka mereka bercakap besar, mengatakan, 'Kami telah membunuh Yesus Kristus anak Maria, Rasul Allah'—tetapi mereka tidak membunuhnya atau menyalibkannya, namun seperti inilah yang dianggap oleh mereka, dan sesiapa yang mempertikaikan perkara ini penuh ragu-ragu, tanpa pengetahuan yang nyata, tetapi hanya mengikut pendapat sahaja, kerana merupakan satu kepastian bahawa mereka tidak membunhnya—tidak, Allah membangkitkannya kepada diri-Nya." Jikalau “mereka” bermaksud pihak Yahudi (sesuatu yang agak ketara), maka Al-Quran benar dalam mengatakan bahawa orang Yahudi bukanlah pihak yang menyalibkan Yesus (rujuklah kepada Yohanes 18:31 )-- sebenarnya orang Rom yang melakukannya. Mungkinkah punca konflik ini sebenarnya akibat pentafsiran Al-Quran yang kurang tepat? Mengapakah Yesus, sebagai Rasul Allah selalu meramalkan penyalibannya? Matius 17:22-23 mengatakan "Apabila semua pengikut Yesus bekumpul di Galilea , Yesus berkata kepada mereka, 'Tidak lama lagi Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula.' Oleh itu pengikut-pengikut-Nya berdukacita." Pertimbangkan juga Markus 9:31 ; Lukas 9:22 ; Yohanes 12:32-33 . Yesus berulang-ulang kali menitikberatkan perkara ini. Mengapa? Bukankah Al-Quran dan Kitab Injil bersependapat tentang kematian Yesus? Surah 3:54 mengatakan: "Apabila Allah berkata: 'O Yesus, Aku akan menyebabkanmu mati dan meninggikanmu dalam kuasa-Ku serta menghapuskan semua yang masih sangsi…" Ini bersetuju dengan Filipi 2:8-10 yang mengatakan: "Dia (Yesus)merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati- iaitu mati di atas salib. Itulah sebabnya Allah meninggikannya setinggi-tingginya dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain. Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga, dan di bumi, dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia. Sanggupkah Allah sengaja mengabui mata seluruh dunia? Adalah bercanggah dengan doktrin Islam tentang pekerti Allah untuk menegaskan bahawa Allah sama ada memerlukan atau berhasrat menggunakan tipu muslihat secara besar-besaran untuk menyelamatkan Isa (Yesus). Soalan yang berkaitan:
Adakah kebangkitan hanya sesuatu lagenda? Jawapan… Kebangkitan - Adakah Kristus benar-benarbangkit dari kubur? Jawapan… Mungkinkah mayat Kristus diseludup? Jawapan… Adakah kebanyakan umat Islam merupakan pengganas? Jawapan Adakah Yesus Kristus jawapannya? Jawapan Bagaimanakah dapat saya memastikankeselamatkan saya? Jawapan Bagi lebih memahami hasrat Tuhan demi keselamatan kita - Bacalah Cerita Allah untuk memahami siapa itu Allah, kedudukan manusia, apa itu dosa, hasrat Allah dan sebagainya - Pergi… [ Jika informasi ini berguna, pertimbangkanlah dalam doa untuk memberi sumbangan guna membantu menutupi biaya-biaya agar menjadikan pelayanan yang membangun iman ini tersedia bagi Anda dan keluarga Anda! Sumbangan bersifat tax-deductible (di Amerika). ] |
Entri Populer
-
Perintah untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan) antara seorang pria dan wanita yang bukan mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin seb...
-
Al-Agamy | Ayyoub | Abdul Samad | Al-Ghamdi | Jibreel | El-Husary | Rashed | El-Shatery To hear a samp...
-
Islam mengajarkan kita agar memandang kematian sebagai suatu perkara yang tidak bisa dihindari. Kematian merupakan taqdir yang sepenuhnya d...
-
Soeharto paling sering dianggap sebagai penyebab utama perubahan orientasi politik masyarakat Muslim Indonesia. Represi Orde Baru terhadap...
-
Setiap muslim diharuskan oleh Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam untuk bersedekah. قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَ...
-
Apakah ilmu tauhid itu? Ilmu tauhid adalah ilmu yang membahas pengokohan keyakinan-keyakinan agama Islam dengan dalil-dalil naqli maupun a...
-
James D. Frankel adalah seorang profesor bidang perbandingan agama dan sekarang mengajar di Universitas Hawai. Di universitas itu, Fra...
-
MENGENAL ISLAM تعريف موجز بالإسلام (باللغة الإندونيسية) Introduction to Islam in Indonisian Language Disusun Oleh: blogger agama islam...
-
Para tahanan di lembaga pemasyarakatan Monroe Correctional Complex, Amerika Serikat dengan tertib keluar sel masing-masing begitu men...
Selasa, 20 November 2012
penyaliban yesus
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar